Selamat Datang

SELAMAT DATANG

Selamat datang kepada semua. Blog ini bertujuan untuk membantu anda dalam mendalami subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kepada pelajar-pelajar MRSM terutamanya MRSM Jeli. Diharapkan blog ini dapat membantu kalian semua... InsyaAllah dalam ruangan ini akan diisi dengan info-info yang bermanfaat untuk semua. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.

Hikmah dan Sebab Diwajibkan Solat Ketika Sakit

Hikmah
  • Menunjukkan bahawa Islam agama yang mudah.
  • Supaya umat Islam dapat menunaikan kewajipan mereka
    dalam sebarang keadaan.
  • Membuktikan Allah sayang hambaNya.
Sebab
  • Menunjukkan bahawa Islam agama yang mudah.
  • Supaya umat Islam dapat menunaikan kewajipan mereka
    dalam sebarang keadaan.
  • Membuktikan Allah sayang hambaNya.

Secara Ingat Dalam Hati

  1. Solat dilakukan dengan membayangkan didalam hati.
  2. Pergerakan mengikut tertib rukun.

Secara Isyarat Kelopak Mata

  1. Berada dalam keadaan baring menelentang.
  2. Kaki menghala ke kiblat.
  3. Ruku dilakukan dengan menggerakkan mata.
  4. Sujud diisyaratkan dengan menutup mata.
  5.  

Secara Baring Menelentang

  1. Kepala ditinggikan sedikit dan kaki menghala ke kiblat
  2. Jika mampu, ketika takbir mengangkat tangan ke telinga. Jika tidak, cukup dengan ucapan "Allahuakbar"
  3. Bacaan seperti biasa.
  4. Rukuk, iktidal, dan sujud menggunakan isyarat kepala.

Secara Baring Mengiring

  1. Baring diatas lambung kanan.
  2. Dada dan muka mengahdap kiblat.
  3. Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala.
  4. Pergerakan lain menggunakan isyarat sama ada kepala atau mata mengikut kemampuan.

Secara Duduk

  1. Duduk dalam keadaan iftirasy iaitu seperti antara dua sujud atau keadaan termampu.
  2. Menghadap kiblat
  3. Niat, takbir, sujud, bacaan, dududuk tahiyyat awal dan akhir dalam solat adalah sama seperti biasa.
  4. Rukuk dengan menundukkan sedikit kepala, iaitu dahi berada bertentangan dengan tempat sujud.
  5. Iktidal tegakkan semula kepala.
  6. Sujud seperti biasa

Kaifiat Solat Ketika Sakit